Pengelasan Eris (planet kerdil)

Eris dikelaskan sebagai sebuah plutoid, iaitu, sebuah objek trans-Neptun yang juga merupakan sebuah planet kerdil.[15] Ciri-ciri orbit lebih spesifik dikategorikan sebagai sebuah objek cakera berselerak (SDO), atau sebuah TNO yang dipercayai "diselerakkan" daripada lingkaran Kuiper ke tempat lebih jauh dan unusual orbitnya yang di luar kebiasaan berikutan interaksi gravitinya dengan Neptun disebabkan pembentukan Sistem Suria. Walaupun kecondongan orbitnya di luar kebiasaan di kalangan SDO-SDO yang dikenali, model-model teori mencadangkan bahawa objek-objek yang asalnya berdekatan dengan pinggir dalaman lingkaran Kuiper telah diserakkan kepada orbit-orbit berkecondongan tinggi daripada objek-objek luar lingkaran.[16] Objek-objek lingkaran dalaman dijangka lebih berjisim secara umumnya daripada objek-objek luar lingkaran., dan supaya ahli astronomer lebih menemukan objek-objek Eris di orbit-orbit berkecondongan lebih tinggi , yang mana kebiasaannya tidak dipedulikannya.

Oleh kerana Eris mungkin lebih besar daripada Pluto, pada mulanya ia disifatkan sebagai "planet ke sepuluh" oleh NASA dan laporan media mengenai penemuannya.[17] Di dalam tindakbalas terhadap ketidaktentuan statusnya, dan oleh kerana perdebatan yang berlangsung samada Pluto seharusnya diklasifikasikan sebagai sebuah planet, IAU mengagih-agihkan sekumpulan ahli astronomi untuk membangunkan satu definasi yang cukup tepat mengenai istilah planet untuk memutuskan isu tersebut. Ini telah diumumkan sebagai mendefinasikan istilah planet, IAU yang digunapakai pada Ogos 24, 2006. Pada masa kini, kedua-dua Eris dan Pluto telah diklasifikasikan sebagai planet kerdil, satu kategori yang berbeza daripada definasi baru planet.[18]Semenjak itu Brown telah menyatakan persetujuannya mengenai label "planet kerdil".[19] Kemudiannya IAU menambah Eris ke dalam Katalog Planet Minor, menggelarnya (136199) Eris.[20]